Tuesday, November 10, 2009

.::FAMILY LAW::.

AKU MALAS BACA BUKU

SAKIT KEPALA

NAK NIKOTIN

ESOK BELASAH JAWAB

PALAT SUNGGUH!!

NAK TIDO...

-CHIOW-

Monday, November 9, 2009

BESDAY NAEMAH, EXAM, CUTI, SPM, ISU GARANG DAN PANDANG SEKELILING... *banyak sungguh benda nak update...

  1. 7nov malam, besday suprise naemah...tepat jam 12mlm, naemah kena tepung menandakan naemah da 21 tahun! beb, you da legal k... ikot LRA da bley kawin tanpa consent parent! hahaha. terima kasih kepada ofee and the gang yang masak untuk malam tu. sedap!!! mmg calon menantu yang seswai... hahaha anyway, selamat hari lahir yang ke21 nadhirah naemah.
  2. exam. semester ni memang tunggang langgang gila. i don't know why... kebanyakan subjek cuba untuk membunuh aku. ada 2 lagi paper. hubungan insan and family law. GASAK la dua2 paper ni!
  3. cuti. cuti kali ni mmg xde apa2 plan melainkan cuba menggemukkan badan yang aku yakin impian tu hanyalah seadar menabur garam ke sungai...eyh silap! ke laut. memang xda benda nak buat. nak lepak langkawi, bajet da lari. lepak tepi sawah sebelah rumah aku je la cm tuh...
  4. SPM. 18nov, adik aku start exam spm. "hoi angah... gud luck spm nnt! spm je pon... *mentang-mentang da lepas hazab tu! jangan rosakkan legasi aku dalam taman tu. hahahahahahahahaah!".
  5. ALERT. kepada orang di sekeliling aku, aku cuba untuk jadi alert. aku masih mancari jawapan disebalik peringatan itu. clueless gla. nnt balik cuti aku muhasabah diri. isu aku garang. bukan niat aku untuk jadi garang or marah sesiapa. kalau aku marah tu, mesti aku marah sebab ada benda tak elok jadi. aku tidak akan marah orang sesuka hati. siapa aku nak marah orang sesuka hati. aku memang susah nak senyum kalau situasi itu tidak memerlukan aku senyum. aku memang cakap kasar macam nih and cuka mencarut!.cakap kasar aku doesn't mean that aku marahkan seseorang. susah nak buang habit tu. tp aku sedang berusaha ntuk berubah. kepada sesiapa yang aku pernah marah, AKU MINTA MAAF.mmg kekurangan diri aku panas baran. kepada yang menegur, THANK YOU SO MUCH. aku bersyukur dapat kawan macam korang. kalau nampak aku silap, tegur aku. jangan biar aku hanyut.
-chiow-

Saturday, September 5, 2009

SUSULAN PERISTIWA MAKI HAMUN PAKCIK LIBRARY PUU: DARI PERSPEKTIF PELAJAR

  1. fakulti undang-undang ukm pada tahun 2008 telah memperkenalkan sistem PBL dimana melalui sistem tersebut, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menyelesaikan satu masalah yang disediakan.
  2. sistem ini menuntut pelajar untuk mengadakan banyak sesi perbincangan supaya kes-kes atau masalah yang disediakan kepada pelajar dapat diselesaikan dengan jayanya. satu kumpulan biasanya merangkumi 2-16 orang pelajar.
  3. oleh kerana fasiliti yang kurang di fuu tersebut, maka perpustakaan menjadi medan perbincangan para pelajar.
  4. oleh itu, isu bising mula melanda aras 2 puu tersebut.
  5. cuba kita renung sejenak, adakah bilik perbincangan yang disediakan oleh puu tersebut mencukupi? terdapat tempat lainkah yang mambolehkan para pelajar mengadakan perbincangan? bilik tutorial? bertembung pula dengan kelas-kelas tutorial? siapa yang patut menjawab persoalan ini? berapa banyak pondok-pondok atau gazebo yang disediakan bagi kemudahan pelajar? tepuk kepala tanya akal sendiri sebelum memaki.
  6. memang tidak dinafikan, kawasan tersebut merupakan ZON SENYAP, tetapi, sebagai pelajar, kami memerlukan alternatif lain jika kakitangan di kawasan tersebut sudah BENCI kami. apa yang mereka harapkan dari perbincangan yang mengadungi 16 orang pelajar? mendiamkan diri ketika berbincang? perbincangankah itu? jawab soalan tersebut! ada otak pikir sendiri.
  7. ada sahaja ura-ura menceritakan terdapat batch2 sebelum ini yang lebih dasyat walaupun bukan dari segi kebisingan tetapi dari segi menjaga harta benda puu. tidak mahu membangkitkan lagi isu tersebut.
  8. bukan ingin menunding jari menyalahkan sesiapa. apa yang diperlukan ialah, pemikiran sejenak mereka yang merasakan diri mereka bertanggungjawab dalam isu ini. bagaimana untuk selesaikan. MAKI HAMUN sememangnya atau diyakini gagal memberi kesan atau impak. jalan penyelesaian harus dicari.
  9. sememangnya, apa-apa masalah, pelajar lah yang akan dipersalahkan. SILA BUKA MINDA DAN LUASKAN PEMIKIRAN.
*penulis tidak berada di tempat kejadian ketika peristiwa berlaku.

Sunday, August 9, 2009

PEMINAT MEON!!!!

''Hello
my name is Alice i saw your email today during my search in google and it was so good to me.u know that i am interested to be a friend first.i also believe that coming to you will be a probability of meeting that very love that has been lacking in my entire life. please i will like you to contact me direct to my e-mail address,
(lXXXXXXX@yahoo.com) i dont know the posebility of remaing in forum for long time,i will give you a full introduction of my self with my pictures ok. i will be waiting for your mail to my e-mail adsdress
(XXXXXXXX@yahoo.com) as you know
there is no age,race,colour n religion bar when it comes to true love,
cares Alice.''


MEON SUDAH ADA PEMINAT!!!!!
HAHAHAHAHHAHA
KAGUM SEBENTAR...

Friday, August 7, 2009

kemunculan kembali meon yang hensem!!!!

da almost 2 weeks aku x update blog nih...ada masalah dalaman sket... otak celaru... tp persetan kan semua itu...kalo asyik fikir, bley gila aku nnt... anyway last monday ada trip g astro... trip yang sangat memenatkan... dr.nazura sgt enjoy trip tu... hahahahahhahaha tp masalah nya, ble tgk show si AC tu, cm x de isu je untuk buat report undang2 media tu... adoi... skali pikir cm x berbaloi la plak kan... but whatever it is, esok ada satu lagi trip g astro... hopefully it will be better...

last week hasan lantik aku jadi ketua bahagian teknikal untuk diner fac nnt... satu tugas yang mencabar. krew2 under aku sume sempoi... hahahahha but one thing yang kurang faham, kenapa gimik untuk diner itu team teknikal yang kena buat??? i thought our job is only providing all stuff with regards to technical...but gimik, i'm not really sure... xpe, tgu modul yang kimi akan siapkan nnt...

rabu ritu,1st meeting untuk tort group 5. aku sebenarnya x penah mengendalikan group yang besar untuk benda2 akademik ni... so aku mintak maap banyak2... ade yang komplen x tau yang ada meeting rabu ritu... skali lagi aku mintak maap. kalo ssh sgt nnt, kita bley lantik ketua baru yang lebih efisyen and lebih mantop dari aku. no heart feeling janji keje bergerak weh... korang ada idea2 and komen, jest bg tau... jangan kutuk blakang... sampai kiamat benda x akan settle...

mgu depan test criminal... good luck sume...

-chiow-

Friday, July 24, 2009

dibelenggu dilemma...

menjadi seorang anak ini sebenar sangat sukar. sukar kerana diri kita sendiri ada matlamat dan ibu bapa kita juga mempunyai matlamat untuk kita dimana matlamat itu tidak mungkin selari dengan matlamat anak-anak tadi. ibubapa terikat dengan amanah yang diberikan oleh ALLAH. apabila matlamat yang ingin dicapai itu tidak selari, maka timbul la perbagai konflik dan masalah yang mungkin dapat menjadi kacau ganggu didalam perhubungan sesebuah keluarga itu.jadi sebagai anak, apa yang dapat kita lakukan? persoalan yang pertimbangannya sukar dilakukan. untuk membuatkan ibubapa memahami apa yang kita inginkan adalah satu perkara yang tidak mustahil untuk kita sebagai anak-anak lakukan tetapi ia merupakan satu cabaran yang amat sukar. bagi ibubapa yang senang untuk memahami, ia perkara yang sanagt mudah tetapi bagi yang sukar untuk memahami, anak-anak tidak mampu untuk melakukan apa-apa. kitaran hidup ini ALLAH memang diciptakan untuk kita lebih banyak berfikir..sekian...renung-renungkan lah...

Tuesday, July 21, 2009

PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK ICL!

  1. HARI INI HARI SELASA
  2. HARI YANG SANGAT MENCABAR
  3. KELAS YANG PALING MENCABAR DAYA KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL
  4. MAMPUKAH KITA STATIK DI DALAM KELAS SEBENTAR LAGI?
  5. PERSOALAN YANG SUKAR DIJAWAB
  6. SEMOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA
  7. PEMIKIRAN HARUS POSOTIF!
  8. ISLAMIC CRIMINAL LAW!
  9. FIGHTING!
  10. GOOD LUCK!